Terapi Tok Wan mula beroperasi pada tahun 2018 dan mempunyai perawat yang berpengalaman dari tahun 2011. Nama dan trademark adalah “Terapi TOK Wan” Terapi Tok Wan menjalankan perkhidmatan rawatan pelarasan tulang menggunakan kaedah manipulasi tulang dan urutan dengan kaedah urutan sukan, myofascial massage, accupressure, dan juga bekam. Terapi Tok Wan mula beroperasi di Bentong Pahang pada tahun 2018 Dan telah membuka beberapa cawangan. Setakat ini Terapi Tok Wan mempunyai 7 cawangan bagi mengisi permintaan terapi dan rawatan untuk pelanggan mendapatkan khidmat rawatan dengan lebih mudah dan dekat dengan kawasan masing-masing.